Kisah & Hikmah

Kezuhudan Sayyidah Fatimah

Sayyidina Hasan meriwayatkan,” Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada ibuku. Ia selalu melakukan shalat dengan begitu lama sehingga kakinya menjadi bengkak.” Sayyidina Hasan juga meriwayatkan:

“Aku melihat ibuku, Fatimah berdiri shalat pada malam Jumat. Beliau meneruskan shalatnya dengan rukuk dan sujud hingga subuh. Aku mendengar beliau berdoa untuk kaum mukminin dan mukminah dengan menyebut nama-nama mereka. Beliau berdoa untuk mereka semua tetapi beliau tidak berdoa untuk dirinya sendiri. “Ibu,” Aku bertanya kepada beliau. “Mengapa ibu tidak berdoa untuk diri sendiri sebagaimana ibu berdoa untuk orang lain?” Beliau menjawab, “Anakku, (berdoalah) untuk tetangga-tetanggamu karena hal itu diutamakan dan kemudian barulah dirimu sendiri.

Asma’ binti Umays meriwayatkan:

“Pada suatu ketika aku sedang duduk-duduk bersama Fatimah apabila Nabi SAW datang. Beliau SAW melihat Fatimah memakai rantai di lehernya yang telah diberikan oleh Ali bin Abi Thalib dari bahagiannya yang diambil daripada harta rampasan perang.” Anakku”, beliau SAW berkata, “Janganlah tertipu dengan apa yang orang katakan. Anda adalah Fatimah puteri Muhammad, anda memakai barang perhiasan (yang menjadi kesukaan) orang-orang yang congkak.” Beliau serta-merta melucutkan rantainya pada ketika itu juga dan menjualnya. Dengan uang dari jualan tersebut, beliau membeli dan kemudian membebaskan seorang hamba lelaki. Di kala Rasulullah SAW mendengar apa yang beliau lakukan, beliau SAW merasa gembira dan mendoakan rahmat kepada Imam Ali.

Komentari Artikel Ini

comments

%d blogger menyukai ini: